Tuesday, 27 January 2015

JOJO RAKIT

 
 
IT is abut our family trip to the most super duper osem place ever for relaxing  and chilling time with ur family. Drngar name macam curious kn about what ?? of coz the safety right .. especially the mommies2 outhere , mesti takut  dengan keselamataan anak-anak diorang ..
 
dun worry , coz the place is well maintainence ,termasukler dengan safety nya.. the place actually tak de ler tengah laut . its just at the teluk of tanjung buai. To reach the place , I've think u better prepare urself well with gummies or sweets .. coz , the road is like u're having ride on the rollercoster(for me ). but if u tends to like u having a good way to tahan with all of the adventures ride , then you a pleazz to do so .. heheheh coz I can't stands with my dizziness by having all of that..
 
 
when we reach at the jeti tg buai , the boat will be there to ride u to the rakit. and of coz life jacket is provided.
 
the price is affordable for us , they provide kittcen to cook with all the stuff that we  need , include the frezzer uolls.. disambing kaum adam memancing , si hawa boleh ler menyibukkan diri memasak didapur yang disediakan .. no caj tambahan ok... sumenya dah termassuk harga yang korang bayar dengan duit bilik sekali...
bilik pulak , u can have with only Rm 80 / night k .. haaaa mana nak cari ..
tuh harga bilik yang paling murah ler , if korang nak selesa boleh pilih lain , ade banyak bilik yang korang boleh pilih ...
malam2 uolls can hilangkan suara memekak dengan berkaraoke ... sambil lain mincing sambil karaoke ?? boleh ker ??? tak lari ikan ?? mana nak tau .. hahahaha coz sy tak mincing .. yang mincing mesti stress sbb tak dapat ikan ... 
korang jugak boleh berbbq , juz info staff yang ade . they will provide u with all the stuff u needed.. accept the food ler , korang kena bawaak sendiri .. ruang yang ada pown enough untuk korang buat lari 400x100 tau .. besar tempatnye .. selesa sangat ..
and saya amatlah mengsyorkan anda untuk pergi...
 
 
this is the boat driver , garang tapi nice bila dah kenal .... dia amat mementingkan penggunaan life jacket ok .. and no stand ups in the boat .. ala , if korang ade niat nak buat ala2 titanic tuh , jangan harap ler k.. coz bahaya...

 
this is one of the room ... juz nice .. selesa and bersih..
 
the view at one of the side at rakit , and the model without baju is my annoying brothers .. paling banyak dapat ikan kowt.. terkezut iolls..hahahaha

 
salah satu bahagian yang santai sambil ngadap teluk yang tenang sambil makan-makan , chit chat , berbbq and whatever u wanna do ... coz the staff won't stop and bother u at all ... accept korang mermerlukan khitmat dyeorang ler...
hehehe
hari pown dah jauh malam , esok aku ditugaskan untuk duty di klinik .. so tq  for ur time by read this entry..
#PENGALAMAN ITU INDAH

Monday, 19 May 2014

HIDUP BERSAMA


 

Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.

Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian.

 

~A Samad said
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, 24 May 2013

Senyum itu sedekah


ASSALAMUALAIKUM WBT...



Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.

Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong
dan sombong diri.
___________________________________________


Senyum Biarlah Pada Tempatnya
_____________________________________________

Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas, senyum rekaan ialah senyuman pura-pura dan kejahatan.
Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah.

Orang yang sedang menghadapi tekanan jiw
a sukar melahirkan senyuman, senyumannya kelihatan kurang indah dan tawar serta kurang menarik.

Senyumlah selalu bila bertemu kawan, senyum tidak menggunakan banyak tenaga tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan, disenangi anak isteri, rakan taulan, jiran tetangga dan sudah tentulah yang paling istimewa dikasihi Allah.



Senyuman melahirkan kegembiraan dan kebahagiaan serta mendekati Allah, bersamanya rahmat dan nikmat yang tidak dapat dijual-beli.

Apakah pandangan anda ???.
___________________________________

Penjelasan tambahan.

Blogger zaidi ali said...


Salam.
Senyum itu sedekah. Sedekah dapat pahala. Maka senyum pun dapat pahala. Betui tak?

Saya pun kalau boleh nak senyum kepada semua orang. Masalahnya satu:

Penerima senyuman harus berfikiran terbuka. Penerima senyuman juga harus faham bahawa senyuman yang diterima itu adalah sedekah daripada pemberi senyuman! Jangan pula dianggap orang yang memberi senyuman itu menyindir atau sewel atau nak mengurat..hehe.

Kita kena belajar dari peminta sedekah. Bila orang tersenyum kepada kita, ucapkan "TERIMA KASIH" atau "ALHAMDULILLAH". Bila kita ucap sedemikian, pemberi senyuman dapat gandaan pahala. Kita sebagai penerima senyuman yang mendorong pemberian pahala (oleh Tuhan) kepada pemberi senyuman pun secara otomatik menerima pahala. Cuba fikirkan bersama. insya Allah.

Sebenarnya nak dapat ganjaran pahala itu mudah. Nak cari dosa itu yang susah.
wallahu aklam.
 
 
 

Sunday, 14 April 2013

SEHELAI TUDUNG LABUH


Setulus bicara
Meluahkan rasa
Sehelai tudung labuh
Seindah hijab menjadi plilihanku
Suatu ketika dahulu
Diri hanya  insan biasa
Gadis yang hanya berpesonaliti biasa
Namun Hidayah-Nya
Hadir tanda kasihNya
Tudung labuh menyentuh fitrah
Membuatkan aku jatuh cinta
Pada hijab yang sempurna..
Tudung labuh sangat bermakna
Menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita
Aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah
Namun tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah
Untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya
kerana itulah yang terindah dan berharga
Kadang kala
Aku kecewa
Pada sikap segelintir manusia
Hanya pandai menyindir tanpa usul periksa
Sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar dan redha
Namun ku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa
Istiqamah dalam menjaga aurat demi keranaNya
Ya Allah.... Ya Tuhanku
Janganlah kau bolak-balikkan hatiku
Setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu
Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu
Dan Engkau kuatkan diri dalam mujadah nafsu
Moga Engkau redha atas segala laku
- Artikel iluvislam.com



Friday, 15 March 2013

HAJAT

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Fitrah manusia inginkan kebahagiaan.Ia merupakan danbaan setiap yang bernyawa.Begitu juga dengan aku, ya aku admit yang bahagia itu indah.ia muncul dalam berbagai bentuk  dan cara..
Tapi persoalannya kenapa yang datang dulu sebelum bahagia itu muncul seringkali memeritkan ….
Dan disebabkan keperitan itulah kebahagiaan yang dirasakan amat manis sekali…
Adakalanya keperitan yang  mendahului dalam rentak kehidupan ini seolah-olah terlalu ralit untuk menjauh
Tanggis terlalu sering melukis hidup ini..

Tapi , aku berdoa dan berharap yang tak akan ada istilah putus asa dalam diri ni...
Baru seminit ,dua tadi sempat menjengah di halaman muka buku ustazah norhafizah akhirnya kekuatan itu mampu ak suntik kembali ...
kata-kata yang tak akan sekali aku lupa kan:
     
          " JANGANLAH BERPUTUS ASA MELIHAT DUNIA. Yang PAHIT , Yang MANIS , Yang KELAT , Yang MASAM dan SEBAGAINYA itu haruslah dinikmati. Tak ada Orang YANG SANGGUP  MENELAN  gula yang berkilo-kilo atau garam yang bertan-tan atau keju bertimbun-timbun. TETAPI , apabila gula , garam dan keju bercampur dan diadun  kita akan menikmati kek yang LAZAT . TETAPLAH TERSENYUM UNTUK HIDUPMU ... WALAUPUN SETELAH TAK TERHITUNG BANYAKNYA KITA MENANGGIS ..."

Semoga ALLAH Permudahkan urusan kita , INSYAALAH AMIN...

Thursday, 7 March 2013

Siapa TINGGALKAN siapa sebenarnya ???

Allah SWT  tidak akan sesekali memungkiri janjiNya.

“(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.” Surah Ali-Imran ayat 8-9.

Maka kala Allah SWT telah berkata bahawa Dia hampir dengan kita, maka mustahil Dia akan menjauhkan diri bukan?
Justeru kala kita rasa kita ditinggalkan oleh Allah saat kita ditimpa musibah dan diuji, maka hakikatnya siapakah yang telah meninggalkan siapa?
Siapa yang bergerak menjauhi siapa?
Sebenarnya, kitalah yang menjauhi Allah SWT.
Muhasabah kembali kehidupan kita, mengapa kita hingga tidak kuat kala ujian datang, kala duka menyapa?



Tuesday, 12 February 2013

Nak Cari Teman? Kena Buat Marah Dulu..

Nak Cari Teman? Kena Buat Marah Dulu..

 

Adat berteman biasa la, ada pasang dan surutnya.. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak kita teman sepermainan. Kita kan manusia .. bukannya malaikat .. Setiap org ada buat salah masing2 dan setiap org ada jahatnya masing2. Cuma kita je yg tak tahu, tang( bahagian) mana jahat seseorang itu.. 

Untuk mencari teman sejati... aku prefer yg ni.. korang cuba r, mesti menjadi punya.. 

"Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah..
Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu maka, jauhilah dia.."
~Kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya~