SAHABAT
TAHUKAH DIMANA LETAKNYA KAU DALAM HATI AKU,
BIARPUN TIDAK SETINGGI ALLAH DAN NABI MUHAMMAD S.A.W,
MAHUPUN KEDUA IBU BAPA AKU,
NAMUN NILAIMU LEBIH TINGGI DARI AKU MENYAYANGI DIRI AKU SENDIRI,
TIDAK MAMPU AKU NYATAKAN RASA SAYANG MELAINKAN DOA YANG BISA AKU BERIKAN,
TIDAKLAH AKU MAMPU TERUSKAN PERJUANGAN MENUNTUT ILMU TANPA INGATAN DARI INSAN SEPERTI KAU,
TIDAK KUATLAH AKU TERUSKAN PERSINGGAHAN HIDUP INI TANPA SERPIHAN KASIH YANG KAU HULURKAN.
SESUNGGUHNYA AKU TAHU KAU SERING TERLUKA DENGAN SETIAP PERBUATAN AKU,
AKU TIDAK BERMAKSUD UNTUK BERBUAT DEMIKIAN ,
TAPI , AKU HANYALAH MANUSIA BIASA,
TIDAKLAH SESEMPURNA NABI DAN PARA WALI ALLAH,
FAHAMILAH DIRI AKU ,
AKU SERINGKALI BERADA DIDALAM PERSIMPANGAN,
SERIBU KEMAAFAN AKU MOHON ANDAI KAU TERLUKA DENGAN DIRI AKU INI.
JUMAAT,2.10AM
Coretan ini aku tujukan khas untuk sahabat karib aku NUR ASYIKIN AHMAD and ADZLINDA ADZNAN.Terutamanya ekin ahmad,tulisan ini hanyalah satu cebisan kecil hati aku yang tak berapa berperasaan selama kau kenali diri aku ini .Aku tak mampu nak senangkan hati semua orang , jika hasrat kau tak tertunai oleh aku maafkanlah aku.Aku selalu sakitkan hati kau , selalu buat kau marahkan aku. Aku sayang sangat kat kau , sahabat yang paling telus tentang diri aku.Walaupun kau garang , ganas and gelabah semacam tapi kau cool dan try tuk paham aku walaupun kadang2 susah,percayalah aku bukanlah seorang yang mudah untuk katakana sayang kepada seseorang.Pengalaman telah mengajar aku tentang erti sebenar sebuah persahabatan.Jikalau aku hilang, tidak bermakna aku lupa akan kau . Jika aku diam seribu bahasa , tidak bermakna aku tak rindu.Kau orang yang terpenting dalam kehidupan aku , jika terpisah sekalipun aku yakin kita akan bertemu kembali.tetapi,jika aku tiada lagi , kau buatlah kenangan dan nukilan ini sebagai peneman rindu kau nanti.
Linda , kau seorang teman yang amat memahami diri aku . Aku bertuah kerana dapat kawan seperti kau dan ekin.Aku tahu kau seorang yang kuat dan tabah , aku amat sayang kau dan ekin.Walaupun kita jauh tak bermakna kita putus kawankan dan tak bermakna aku , kau @ ekin akan hilang kawankan.Jaga diri kau and ekin baik2 ea. Walau apa pun dugaan dan cabaran kau and ekin kat sana , tetaplah jadi kawan baik kerana hanya kau dan ekin yang mengenali diri masing2..Aku faham kesuntukkan masa dan kesibukkan untuk mengejar pelajaran kadangkala membuatkan kita lupa akan seseorang yang merindui kita di kejauhan,tapi fahamilah diri masing2 sebelum memahami diri orang lain dulu .. kejarlah dulu apa yang kau dan ekin citakan,dan aku akan menyusul dibelakang.
No comments:
Post a Comment